Thursday, 18 May 2017

DAH TERHANTUK BARU TERNGADAH KAN MAIRA ?

Assalamualaikum..

Macam mana kulit hari ni , sihat ? 
Kau ingat kau doktor kulit ke maira? haha ! Masa maira dah sembuh tu, maira banyak juga sharing dengan yang direct mesej, tanya pasal rawatan dan tips. Maira share apa yang doktor kulit maira dah bagitahu pada maira. Selebihnya, memang korang kena buat rawatan sendiri. 

Antara nasihat maira, jangan bergantung sepenuhnya pada produk untuk cure kulit yang dah tahap parah ( macam maira lah contoh nye, tak payah ambik contoh lain )

Silap maira masa breakout hari tu ialah, terlalu bersangka baik. Iya, jangan buat dan jadi macma maira. Bagus tau maira breakout ni ( dah kenapa breakout baguss???), 
banyak dapat maira bagi sebagai pengajaran pada korang. 
Maira duk ingat masa tu healing process lah, kejap je kot. Lepas ni okey kot. Banyak 'kot', ingat 'kot' tu boleh bagi cerah masa kahwin tengok-tengok hambekk kau !!!

Sampai satu tahap rasa gatal yang amat baru maira decide untuk ke klinik, jumpa doktor pakar kulit. Itypun atas suggestion seorang senior SCIPP dulu. Sebelum ni ada la usha tengok kan, tapi takut nak gi. Duit pun masa tu kena saving banyak nak guna buat kahwin. Pakat cakap gi klinik kulit, habis tu kahwin nak jamu orang makan pasir ke ? huhu. Maira faham sangat perasaan korang especially student, yang nak sangat buat rawatan kulit tapi takut nak pergi sebab takut mahal, tak ada duit kan?


Lepas dah buat rawatan semua, sekarang baru macam TERLEBIH BERHATI-HATI dalam pemilihan produk. Dulu, agak berhati-hati, tapi masih terjebak jugak dengan iklan dan produk lambakan iklan  famous. Lagi sekali ingatkan, JANGAN JADI MACAM MAIRA. Yang dah lepas tu dah la kan, tap payah la korang nak kutuks i *nanges* . 

Agak-agak selagi tak kena teruk macam tu, selagi tu duk cuba macam-macam produk. Wanita dan kecantikan memang tak dapat nak elak. Cakap lah tak kisah macam mana sekalipun, diorang cukup take care dan concern pasal kecantikan diorang. Orang-orang sekeliling, tunang pakwe tolong bagi support sepenuhnya. JANGAN TANYA ! Jangan dia dah peloles nanti kau pulak yang 'meroyan'. Melopong sorang-sorang tepi bucu katil menyesal.

Lagi satu nak pesan, jangan pandang rendah atau kutuk diorang yang breakouts. Jangan duk cakap padan muka, sapa suruh pakai produk itu ini. INGAT ! Jerawat bukan naik sebab pakai produk aje tau, banyak faktor lain contoh hormon. Silap hari bulan, tetibe hormon kau tertukar kutub utara kutub selatan, haaaaa rasa lah betapa down dan seksanya perasaan sakit muka naik jerawat ! Baru haruuu nak cari orang yang dah sembuh tu tanya camana nak cure jerawat.


Love,
Maira


FB : myORGANIC malaysia HQ
IG : myorganicmalaysia



No comments:

Post a Comment

Follow by Email

Total Pageviews