Sunday, 21 May 2017

FIRST IMPRESSION

Assalamualaikum 

( Strictly buka hati, buka minda post ini bukan tujuan membodek yer, ini adalah SHARING ! How & What is my first impression pada Doctor yang merawat kulit maira )


Mungkin yang dah lama jadi Facebook friends maira tahu, atau pernah terbaca maira ada post pasal ni. Maira TEKANKAN disini, maira share dari segi pandangan maira. Korang yang membaca, jaga hati. Kalau rasa-rasa akan ada jadi negatif terbit di hati, sila berhenti disini pembacaan sampai sini.
.
.
.
NAK BACA JUGAK ?
Okey lets get started !
.
.
.
Bermula 18 December 2016, Allah takdirkan maira menjejakkan kaki ke Estetika Medispa ( masa tu nama tempat masa buat rawatan ialah EM, now DERMALENE. So maira akan guna nama Dermalene ja la ye. Tak nak bagi korang confius ).
Tak payah duk tanya kenapa tukar nama, kalau rajin next post maira share hahhaha!

Masa dalam perjalanan ke Dermalene tu, maira sempat buat video, share dekat Instagram. Dapat banyak sangat respon. Ramai suggest ke klinik itu , klinik ini. Dekat Facebook pun ramai yang bagi suggestion. Maira hargai sangat-sangat. Kalau duit i berkepok masa tu i tak kisah je nak test kat klinik tu, klinik ini, mana yang menjadi. Haha ! Tapi sebab masa tu tengah duk kena kumpul duit nak kahwin jugak, so kena tunggu dulu. 

Jadi, ditakdirkan lah akhirnya, maira ke Dermalene, Shah Alam.( Atas sugegstion my super senior jugak ni sebenarnya). Masa tu memang tak pakai apa-apa kat muka, berbekal kan muka 'tauge' , muka tebal dengan jerawats tu maira masuk Dermalene. Muka malu giler tak payah cakap. Tak pakai mask masa tu, tutup muka pakai tudung je, buat macam mask.

Bila dah masuk tu, jumpa Dr.Alina, malu tahap ape tah, kena jumpa Doktor yang kulit flawless tahap hapeee tak tau ( hahahha). Seriously her skin, rasa nak gigit ! Kadang-kadang i was like, kenapa lah muka orang tu, orang ni tak da naik jerawat sebutir habuk pon eh? kuikuikui


Belanja gambar first time datang Dermalane. 
(Seriously jangan malu nak selfie, nanti suatu hari muka you dah okey, boleh buat kenangan macam i haha)


Masa masuk je, seolah-olah korang dilayan macam dah lama giler kenal tau ! Tak rasa kekok. Mula-mula rasa malu la. Kalau muka dah flawless, tak ada lah orang datang sini kan, of course muka ada masalah datang!haha.

PERTAMA KALI maira tengok cara Dr. Alina, maira tahu , dia NAK TOLONG ! Korang faham tak perkataan 'NAK TOLONG' instead of cara seorang doktor bila kita masuk,
"..bla bla bla cakap, " , Lepas tu, dah keluar ambik ubat, atau terus pergi buat treatment. Korang faham tak, perasaan korang dilayan macam dia sangat 'empathy' nak bantu kulit kita. Bukan fikir nak kaut untung semata ! Haaaa...paham tak kaut untung? Dia tak fikir dah semua yang lain, apa yang dia fikir customer + duit + treatment = DUIT . Korang faham tak maksud maira? Faham keeee? You got what i mean? Please lah tolong jawab ! Huwaaa

KENAPA maira cakap macam tu?

Sebab sebenarnya sebelum ni, sebelum breakout teruk ni maira pernah jugak la gi klinik kulit. You know, the feel, the situation atau 'feeling' bila berada dalam tu dia tu lain sangat ! Kau rasa semua concern pasal kau, ( of course mesti akan cakap iye lah customer kan). Tapi why tak rasa benda yang sama bila ke tempat lain?( DIINGATKAN SEKALI LAGI INI BUKAN POST BODEK !)

Korang faham tak kita boleh 'tengok' dari cara someone tu, macam mana dia care atau NAK TOLONG kita ikhlas atau tak ? Sini, soal bussiness letak tepi. That's why maira cakap dia passionate pasal skin. Bila korang berurusan dengan someone yang ada passion dalam sesuatu benda yang dia buat tu, 'benda' tu jadi 'sampai' pada kita tau. It's like in bussiness, bila korang berurusan dengan orang yang hanya pentingkan duit, pentingkan kedudukan dan sebagainya, korang akan rasa tak ikhlas, rasa tak dekat, rasa 'jauh'. Haaaaa....banyak perkataan yang buat dalam kurungan tu sebab ada maksud macam mendalam korang kena faham sendiri. Ada kat depan-depan i ni senang skit nak cakap! Hhahaaha!

So, disini apa yang maira nak sampaikan ialah Dr. Alina ikhlas nak MEMBANTU kulit maira. Sebab dia ada passion dalam benda ni. Bukan pasal bussiness semata. I can see that. Macam maira dalam bussiness myOrganic Loose Powder ni jugak, kalau maira tak ikhlas pasal benda ni nak SHARING dengan semua bahawa ada bedak yang bagus untuk orang kulit sensitif macam maira, ada bedak yang korang boleh pakai dan makeup hari-hari tanpa ada bahan terlarang, benda ni tak akan sampai pada orang kalau maira hanya pentingkan BUSSINESS semata-mata. Of course lah, kita tak mampu nak 'SAMPAIKAN' pada semua orang. Tapi kita cuba dan cuba. Nabi sendiri berdakwah pun bukan senang, bukan semua suka baginda, apatah lagi maira manusia biasa ! You got what i mean ? InsyaAllah hopefully.

Alhamdulillah (atas izin Dia jugak tau) , kulit maira sembuh. Sebab setiap penyakit itu ada ubatnya. Korang yang tak alami, atau tak berdepan dengan mereka yang alami masalah kulit macam ni, tak tahu betapa benda ni memberi impak dalam hidup dorang. Korang yang tak baca all the messsages yang maira terima tak tahu betapa ramai yang minta nasihat, dan sedih, alami masalah sama dengan maira.

Nampak benda ni simple. Yang tak alami, atau alami jugak, mungkin situasi korang berbeza dengan orang lain. Mungkin masa korang hadapi tu, ada support orang sekeliling atau bukan tengah berdepan dengan benda penting. Atau, tak semua orang kuat hadapi macam apa yang pernah awak hadapi waktu tu. Jangan bongkak, jangan rasa diri hebat . Jangan sedap kata, awak guna air wudhuk ja setiap hari. What do you mean? Awak nak kata kami yang naik jerawat banyak ni tak solat ke? Hebat ! Tahniah sebab kulit awak gebus-gembass..Semoga gebu-gembas dan sihat sejahtera selamanya..

Kami , atau maira sendiri tak rasa rugi atau sedih bila ingat balik dugaan yang dapat ni. Sebab apa, banyak HIKMAH yang maira dapat. Ingat, orang yang lagi banyak dapat dugaan tu lagi hebat tau ! Seolah-olah, 'hadiah' dari Allah, kita tak sedar. Salah satunya, kita boleh tengok dan nilai siapa kawan, siapa lawan. Siapa yang makin mendekat, siapa yang makin menjauh. Siapa yang memberi kata semangat, siapa yang asyik persoalkan sahaja tanpa hulur bantuan. Dugaan , Allah nak 'tapis' untuk kita. Okey ?

Siapa yang ada masaah macam maira, no worries. Maira masih ingat sangat kata-kata salah seorang yang DM maira dekat IG,
" Penyakit ni hanya temporary, ada ubat nya"

Jangan putus asa, maira tengok kulit masa breakout dulu pun macam give up atau senang kata 'lantak kau lah nak naik jerawat', kami yang pernah alami tu, bukan kami rasa down sampai nak bunuh diri( nauzubillah), kami masih teruskan aktiviti harian, cuma ada sesuatu yang buat kami rasa 'down'. Orang yang alami je faham dan tau.

Siapa yang nak buat rawatan, yang tanya maira tu. Memang maira hanya buat dengan Dr.Alina Hasni. Dia yang banyak bantu pulihkan kulit maira, dan staff Dermalene jugak . Thank you so much SEMUA


Belanja gambar masa soft launch Dermalene, Shah Alam . Masa ni tunggu untuk event start.


Kalau korang rasa post ni bagi semangat kat korang, rasa bagi manfaat, maira izinkan SHARE dekat FB @ mana-mana korang rasa diorang yang ada masalah kulit jugak tu KENA BACA ! InsyaAllah next time maira share lagi treatment apa yang maira buat kat sini, gambar progress.

THANK YOU !

Founder MOLP,
Maira



FB : myOrganic Malaysia HQ
IG : myorganicmalaysia
 ❤️




1 comment:

Follow by Email

Total Pageviews