Thursday, 18 May 2017

MACAM MANA BOLEH 'BREAKOUTS' TERUK MACAM TU ?

Assalamualaikum..

Alhamdulillah. Tahniah ! Korang dah follow post kedua untuk #ceritamaira . Amaran eh, post kali ni ter amat panjang nauzubillah . Sila bersedia. 

 Nak baca post yang pertama ? Klik SINI

Dah ready nak baca? Betul ada banyak masa ni ?

TAK MENYESAL ?

.
.
.
Okey, ni soalan yang maira selalu dapat :

"Maira pakai apa? "

"Maira makan supplements apa sampai breakout ? "

"Maira bagitahu lah apa nama produk tu, saya takut terguna produk sama
Maira saya pakai T*** , *a*** , bahaya eh ?"

"Maira jangan lah ambik sembarangan produk !"

Sis, i tak ambik sebarangan produk tau. I beli dekat Watson dan Guardian supplements tu. Just my 'bad luck ' kot, last minute pergi tukar brand supplement, last minute sebelum kahwin pergi tukar skincare, last minute pergi tambah macam-macam skincare ! 
Urghh!! My face loaded with so many 'high-expectation-flawless-skin-care-product !'

Nak kahwin uolls ! Kena lah melatops kan. ( Im sure, ramai bakal pengantin macam i, tak caye cuba tengok komen , haha!) Nak gi facial tak berani. Yes, maira sebelum ini, kurang berani sebenarnya nak pergi facial kecuali ada spa yang maira rasa diyakini. CONTOH yang recommended by someone yang maira kenal. Sebab takut dia picit-picit jerawat kita. Sebelum ni memang maira jenis yang ada jerawat, tapi tak lah seteruk masa 1 bulan sebelum kahwin tu.

Brand apa supplements tu ? Cukup lah kot maira cakap ambik EVENING PRIMROSE OIL (EPO). Kalau korang google, supplement ni dikatakan untuk kulit. Dia macam regulate hormon kita, yang jenis senang naik jerawat tu back to normal. So bila hormon dah okey, jerawat pun akan stop lah. ( konon lah harap masa tu kan ). Sebab sebelum tu maira makan brand Kordell, alhamdulillah okey je. Kena masa tu Kordell tu habis stok, ada BRAND B tu je, ada PROMO plak so girls ape lagi??? Kau grab 3 botol terus ! *RIP my 2nd & 3rd botol EPO*

Lepas tu masa tu jugak, maira ada tukar skincare 2 jenis kot dalam 2 bulan. 2 months before kahwin guna brand local. TAK PAYAH TANYA BRAND APA plis? Rasanya korang tahu kot., yang orang duk share dekat FB semua tu. Tolong percaya, jangan duk nak 'HUSNOZZON' sangat. Ingat Allah bagi kita perasaan was-was tu kira hadiah tau. Kalau korang tak ada rasa was-was, habis dah lama kau kena kebas dengan pencuri, rumah keluar hari-hari tak payah kunci gate boleh?
Itu contoh...

Google bahan-bahan produk kosmetik merbahaya. Kalau ada keluar dalam list tu, bagus korang cek. Walaupun korang cek ada KKM, jangan duk sedap hati cakap bebas kimia. Sebab ?
Kau ingat nak mintak NOT KKM tu, dorang kena hantar sample cek dekat lab ke? TAK OKEY !
Cara dapat KKM owner product cuma perlu hantar list of ingredients pada KKM, melalui online! Kau rasa diorang nak letak ke dalam list tu bahan-bahan yang mercury, hydroquinon dalam list tu? Menempah maut bisnes tu namanya...



Sumber : THE REPORTER

Kenapa diorang kena letak bahan terlarang eh?
Tanya diri kita sendiri, kalau pakai produk 2, 3 minggu tak ada perubahan kau hangit tak? Bukan kata 2,3 minggu, 2 hari pakai tak ada result pun kau dah gelabah cakap produk tu menipu ! 
So, nak suruh cepat nampak putih, cepat putih macam kulit berkilat gi bawah sinaran matahari jadi merah macam udang kena bakar tu, diorang letak lah bahan terlarang. So, bila dipakai customer akan suka, 
" eh, produk D menjadi lah ! I pakai kulit i jerawat hilang, kulit i jadi putih cerah berseri !"

Maaf, bukan korang, bukan maira lah. customer dari negeri Zamarud. Korang nak tahu macam mana dia buat kulit jadi cerah berseri dengan bahan merbahya tu, nanti lah maira share.
"Kenapa maira guna produk-produk ni eh? Takkan tak tahu?"

Tak, maira tak guna produk-produk dalam surat khabar atas tu ( hampir je ). Maira pernah guna macam-macam produk local dulu. Sejak zaman belajar ! Masa tu tak tahu sangat kan pasal bahan-bahan dalam produk ni. Apa yang merbahaya. Ada satu produk tu maira guna, memang flawless gilerr. Siapa budak-budak final year dengan maira tahu la muka maira masa tu, flawless bak hang !

Lepas setahun guna, habis belajar tu ada keluar lah article dekat FB. Makin sehari makin ramai yang share macam mana nak cam produk yang ada mercury atau bahan merbahaya ni.  Masa tu husnozzon ( bersangka baik ) lagi. Lepas tu memang serious tak berani dah. Korang nak tahu ciri-ciri krim mengandungi mercury ?  

Lepas tu ada jugak try produk tempatan lain. Sebab masa tu macam tak serik kot sebab naik sikit-sikit jerawat. Tak pernah sampai seteruk sebulan sebelum kahwin hari tu. Mungkin disebabkan penggunaan yang dah bertahun-tahun sejak dari zaman uni, muka maira dah jadi sensitif yang amat. So, sampai sekali tu dah stop dan TAK NAK local product. Tup-tup nak kahwin hari tu entah perasaan hantu mana berbisik dihati kecil murni ini, suruh try satu produk yang dikatakan selamat Guna bahan-bahan natural. Produk tu dijual di merata-rata tempat jugak. 

Lagi satu, bila orang complain pasal produk kan, mesti akan cakap itu yang tiruan. Padahal ramai yang cakap beli dari AGEN SAH ! Please lah owner produk..TELUS ! Tapi kesian kalau owner sendiri pun tak tahu apa PENGILANG / YANG HANDLE tu letak dalam produk tu. Apo nok dikato ?

Ada yang betul-betul TELUS. TAK SEMUA, tapi berapa kerat sangat yang betul-betul selamat dari bahan-bahan merbahaya ? Ada je produk tempatan yang selamat, tapi maira pun tak tahu nak suggest korang yang mana. Sorry ! Contoh banyak jer, cuma maira tak berani nak suggest. Maaf ya yang minta suggestion tu. Kalau nak tahu cara maira, boleh tengok tekan link post bawah

FASA PULIHKAN PARUT DAN MAINTAIN MUKA.

Maira percaya ada produk tempatan yang bagus, contoh SENDAYU TINGGI. Maira percaya produk tu sebab dia ada kilang sendiri. So semua dipantau sendiri oleh onwer product. Tak banyak produk local yang ada makmal dan kilang sendiri untuk produk mereka. Kang ade plak cakap,
"kilang sendiri lagi lah senang nak buat suka hati masuk barang terlarang, orang mana tau?"
Eh, awak ni jangan lah terlebih syak wasangka plak. Selidik, tengok la betul-betul.
 Banyak yang bagi duit, bagitau nak jenis macam mana , nak apa terus siap. Tak tahu macam mana process, apa yang diletak. Krim siang JENAMA 1 , 2, 3, 4,10 sama je. Beza dia tukar warna tu sikit, bekas dan packaging .  Atau senang cerita krim kilo.

Lagi satu produk yang maira percaya ialah MAMADIL. Puan Dila Mubarak tu owner MAMADIL. Dia memang boleh meyakinkan customer sebab dia tunjuk kilang tu. Rasanya testimoni dia pun ramai. Owner dia lembut cantik ngat-ngat tau !hehe .Hai Puan Dila, puan baca tak ni ? 

Lambakan produk putih 3 saat, ya Allah hai..Macam mana lah boleh terhasil benda tu. Memang terbukti berkesan, memang putih 3 saat. Tapi korang tak ada rasa sangsi ke apa benda dia letak ? Seriously ada yang beli. Lagi satu, yang nak jadi agen sesuatu produk tu, tolong lah selidik betul-betul. Korang guna dulu, baru jual pada orang. Jangan simply nak jadi agen sebab dijanjikan margin keuntungan tinggi, atau produk tu famous , senang jual ? Hmm...


Okey,...Habis dah ! Kenapa , ingat panjang lagi eh ? Kuikui. Gurau je, tak ade lah sampai 300 muka surat pon. Dah boleh buat novel lah kalau macam tu. Tapi , disini nak cakap jangan jadi macam maira. Untung dapat jadikan maira sebagai pengajaran buat korang. Silap maira dulu ialah, bersangka baik ingat 'healing process' , lama-lama tengok lah apa jadi. Astaghfirullah.

Terima kasih la korang sudi baca panjang-panjang ye. Entah kalau ada tersalah kata kat entry yang ni, mohon maaf. Ada persoalan nak tanya ? Leave a comment, insyaAllah maira reply.

Founder MOLP,
Maira 

FB: myORGANIC Loose Powder
Instagram : myorganicmalaysia

No comments:

Post a Comment

Follow by Email

Total Pageviews